Malaysia (Tulisan Jawi; مليسيا)
ialah sebuah negara raja
berperlembagaan persekutuan di Asia Tenggara yang terdiri daripada tiga
belas negeri dan tiga wilayah persekutuan, yang menduduki bumi
berkeluasan 329,847 kilometer persegis (127,350 batu²).[2][11 Malaysia terbahagi kepada dua
kawasan yang mengapit Laut China Selatan,
iaitu Semenanjung
Malaysia dan Borneo Malaysia
(juga Malaysia Barat dan Timur).[2] Malaysia berkongsi sempadan darat
dengan Thailand, Indonesia, dan Brunei[2] dan juga sempadan laut dengan Singapura dan Filipina.[12] Ibu negara Malaysia ialah Kuala Lumpur, manakala Putrajaya merupakan pusat kerajaan
persekutuan. Pada tahun 2009, Malaysia diduduki 28 juta orang.[5]
Malaysia terletak berdekatan dengan khatulistiwa dan beriklim tropika,[2] serta mempunyai kepelbagaian flora dan fauna, sehingga menjadi salah satu daripada 17 negara megadiversiti.[17] Di Malaysia terletaknya Tanjung Piai, titik paling selatan di seluruh tanah besar Eurasia. Malaysia ialah sebuah negara perintis Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara dan Pertubuhan Persidangan Islam, dan juga anggota Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik, Negara-Negara Komanwel, dan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali.
Johor Darul Takzim (Johor Bahru)
Kedah Darul Aman (Alor Setar)
Kelantan Darul Naim (Kota Bharu)
Melaka Bandaraya Bersejarah (Bandar Melaka)
Negeri Sembilan Darul Khusus (Seremban)
Pahang Darul Makmur (Kuantan)
Perak Darul Ridzuan (Ipoh)
Perlis Indera Kayangan (Kangar)
Pulau Pinang Pulau Mutiara (Georgetown)
Sabah Negeri Di Bawah Bayu (Kota Kinabalu)
Sarawak Bumi Kenyalang (Kuching)
Selangor Darul Ehsan (Shah Alam)
Terengganu Darul Iman (Kuala Terengganu)
0 Response to "MALAYSIA"
Post a Comment