MALAYSIA


Malaysia (Tulisan Jawi; مليسيا) ialah sebuah negara raja berperlembagaan persekutuan di Asia Tenggara yang terdiri daripada tiga belas negeri dan tiga wilayah persekutuan, yang menduduki bumi berkeluasan 329,847 kilometer persegis (127,350 batu²).[2][11 Malaysia terbahagi kepada dua kawasan yang mengapit Laut China Selatan, iaitu Semenanjung Malaysia dan Borneo Malaysia (juga Malaysia Barat dan Timur).[2] Malaysia berkongsi sempadan darat dengan Thailand, Indonesia, dan Brunei[2] dan juga sempadan laut dengan Singapura dan Filipina.[12] Ibu negara Malaysia ialah Kuala Lumpur, manakala Putrajaya merupakan pusat kerajaan persekutuan. Pada tahun 2009, Malaysia diduduki 28 juta orang.[5]


Ketua negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong, iaitu raja elektif yang terpilih dari kalangan sembilan raja negeri Melayu. Ketua kerajaannya pula ialah Perdana Menteri.[14][15] Sistem kerajaan Malaysia banyak berdasarkan sistem parlimen Westminster[16], dan sistem perundangannya juga berasaskan undang-undang am Inggeris.
Malaysia terletak berdekatan dengan khatulistiwa dan beriklim tropika,[2] serta mempunyai kepelbagaian flora dan fauna, sehingga menjadi salah satu daripada 17 negara megadiversiti.[17] Di Malaysia terletaknya Tanjung Piai, titik paling selatan di seluruh tanah besar Eurasia. Malaysia ialah sebuah negara perintis Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara dan Pertubuhan Persidangan Islam, dan juga anggota Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik, Negara-Negara Komanwel, dan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali.


 
 
 Negeri dan wilayah persekutuan di Malaysia
Berikut adalah tiga belas negeri dan ibu negeri masing-masing (dalam kurungan):
  1. Johor Darul Takzim (Johor Bahru)
  2. Kedah Darul Aman (Alor Setar)
  3. Kelantan Darul Naim (Kota Bharu)
  4. Melaka Bandaraya Bersejarah (Bandar Melaka)
  5. Negeri Sembilan Darul Khusus (Seremban)
  6. Pahang Darul Makmur (Kuantan)
  7. Perak Darul Ridzuan (Ipoh)
  8. Perlis Indera Kayangan (Kangar)
  9. Pulau Pinang Pulau Mutiara (Georgetown)
  10. Sabah Negeri Di Bawah Bayu (Kota Kinabalu)
  11. Sarawak Bumi Kenyalang (Kuching)
  12. Selangor Darul Ehsan (Shah Alam)
  13. Terengganu Darul Iman (Kuala Terengganu)
Wilayah Persekutuan
  1. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  2. Wilayah Persekutuan Labuan
  3. Wilayah Persekutuan Putrajaya












KEINDAHAN NEGARA KITA

0 Response to "MALAYSIA"

Post a Comment